Terma Penggunaan
Dikemas kini: 11 September 2026
Terma ini terpakai kepada penggunaan carcal (“Perkhidmatan”), produk daymcloud yang dimiliki dan dikendalikan oleh TOUCH MEDIA (202403171322). Dengan mendaftar atau menggunakan Perkhidmatan, anda bersetuju dengan terma ini.
1. Perkhidmatan
carcal ialah kalkulator ansuran kenderaan dalam talian untuk kegunaan jurujual. Semua kiraan menggunakan kaedah kadar rata (flat rate) dan hanya anggaran. Ansuran, faedah dan kelulusan sebenar ditentukan oleh bank atau institusi pembiayaan. Anda bertanggungjawab memaklumkan perkara ini kepada pelanggan anda.
2. Akaun
- Anda perlu memberi emel dan nombor telefon yang sah dan milik anda.
- Satu akaun hanya boleh aktif di satu device pada satu masa. Log masuk di device baru akan log keluar device lama.
- Anda bertanggungjawab menjaga kerahsiaan password. Maklumkan kami segera jika akaun anda disalah guna.
- Satu nombor telefon hanya layak untuk satu tempoh percubaan percuma.
3. Percubaan, langganan & bayaran
- Akaun baru mendapat percubaan percuma 30 hari yang bermula selepas emel disahkan.
- Langganan dibayar terlebih dahulu mengikut pakej (bulanan, suku tahun atau tahunan) melalui DuitNow atau pindahan bank. Langganan diaktifkan selepas bayaran disahkan.
- Tiada pembaharuan automatik. Langganan tamat pada tarikh tamat jika tiada bayaran baru.
- Bayaran yang telah disahkan tidak dikembalikan, kecuali atas budi bicara kami.
- Kami boleh mengubah harga dengan notis awal; perubahan tidak menjejaskan tempoh yang telah dibayar.
4. Kandungan anda
Anda memiliki data kenderaan dan gambar yang anda muat naik. Anda mengesahkan bahawa anda berhak menggunakan gambar, logo dan tanda dagangan tersebut. Kami menyimpan kandungan ini semata-mata untuk menyediakan Perkhidmatan kepada anda.
5. Penggunaan yang dilarang
- Berkongsi akaun dengan orang lain atau menjual semula akses.
- Memuat naik kandungan yang menyalahi undang-undang, mengelirukan atau melanggar hak pihak lain.
- Cuba menceroboh, mengganggu atau membebankan sistem secara sengaja.
6. Penggantungan & penamatan
Kami boleh menggantung atau menamatkan akaun yang melanggar terma ini. Anda boleh berhenti menggunakan Perkhidmatan pada bila-bila masa.
7. Had tanggungan
Perkhidmatan disediakan “seadanya”. Setakat yang dibenarkan undang-undang, kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian akibat penggunaan kiraan anggaran, gangguan perkhidmatan atau kehilangan data. Jumlah tanggungan kami tidak melebihi bayaran yang anda buat dalam 3 bulan terakhir.
8. Perubahan terma
Kami boleh mengemas kini terma ini dari semasa ke semasa. Versi terkini sentiasa dipaparkan di halaman ini.
9. Undang-undang
Terma ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia.