Notis Privasi
Dikemas kini: 11 September 2026 · Selaras Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA)
Notis ini menerangkan cara TOUCH MEDIA (202403171322), pemilik jenama daymcloud dan produk carcal, mengumpul dan menggunakan data peribadi anda.
1. Data yang kami kumpul
- Maklumat akaun: emel, nombor telefon dan password (disimpan dalam bentuk hash — kami tidak boleh membacanya).
- Maklumat penggunaan: nama device/browser, alamat IP, masa log masuk, dan tetapan paparan anda.
- Kandungan anda: senarai kenderaan, harga dan gambar yang anda muat naik.
- Rekod bayaran: pakej, jumlah, tarikh, nombor rujukan dan resit yang anda hantar.
Kami tidak mengumpul maklumat pelanggan anda. Kiraan di kalkulator tidak disimpan di server.
2. Tujuan
- Mewujudkan dan mengurus akaun anda, termasuk syarat satu device aktif.
- Menghantar emel pengesahan, reset password dan notis berkaitan langganan.
- Mengesahkan bayaran dan mengaktifkan langganan.
- Keselamatan: mengesan cubaan log masuk mencurigakan dan penyalahgunaan percubaan percuma.
- Sokongan pelanggan apabila anda menghubungi kami.
3. Pendedahan
Kami tidak menjual atau menyewakan data anda. Data hanya didedahkan kepada penyedia perkhidmatan yang membantu kami beroperasi (contohnya penyedia hosting dan emel) atas dasar perlu tahu, atau jika dikehendaki oleh undang-undang.
4. Penyimpanan & keselamatan
Data disimpan di server di Malaysia dengan sandaran (backup) berkala. Kami guna sambungan disulitkan (HTTPS), password yang di-hash, dan kawalan akses. Data akaun disimpan selagi akaun wujud; rekod bayaran disimpan mengikut keperluan perakaunan.
5. Hak anda
- Meminta akses atau pembetulan data peribadi anda.
- Meminta akaun dan kandungan anda dipadam (rekod bayaran mungkin disimpan untuk tujuan perakaunan).
- Menarik balik persetujuan — ini mungkin bermaksud kami tidak dapat terus menyediakan Perkhidmatan.
Nota: nombor telefon dan emel akaun yang dipadam disimpan dalam bentuk rekod bagi mengelakkan percubaan percuma berulang.
6. Kuki & storan browser
carcal guna storan browser (localStorage) dan kuki bahasa untuk menyimpan token log masuk, tema, bahasa dan salinan senarai kenderaan supaya app tetap berfungsi jika internet terputus. Kami tidak guna kuki pengiklanan.
7. Hubungi kami
TOUCH MEDIA
Emel: carcal.support@daymcloud.com.my
WhatsApp: 017-721 2071